Pertandingan Kraf 'Upcycled' Diorama
SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH
ANJURAN KAAMATANTV
(JAWATANKUASA TEKNIKAL, PUBLISITI DAN HEBAHAN)
TEMA: RUMAH TRADISIONAL/BUDAYA DI SABAH
KATEGORI PENYERTAAN
- Pertandingan ini terbuka kepada seluruh rakyat Sabah.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi empat (4) orang.
- Kos ciptaan, bahan keperluan dan persiapan adalah di atas tanggungan individu atau kumpulan masing- masing. Bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri dari pelbagai barangan terpakai atau kitar semula seperti plastik, kertas, tin dan lain-lain.
- Ciptaan yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan iaitu “Rumah Tradisional/Budaya di Sabah. Ciptaan mestilah menunjukkan ciri-ciri rumah tradisi yang di negeri ini dengan kos penciptaan / pembuatan yang rendah.
- Bahan yang dibenarkan bagi hasil ciptaan mestilah terdiri daripada bahan terpakai atau bahan kitar semula atau gabungan kedua-duanya.
- Cetusan idea ciptaan mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan tiruan
(plagiarism).
HASIL PENYERTAAN
- Hasil ciptaan/diorama hendaklah berukuran minima 1.0 kaki (ft) x 1.0 kaki (ft) dan maksima 3.0 kaki (ft) x 3.0 kaki (ft)
- Peserta perlulah menyediakan VIDEO PENERANGAN selama 2 Minit berkaitan hasil ciptaan/diorama yang dipertandingkan.
- Pendaftaran penyertaan pertandingan boleh dibuat di pautan berikut:
BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN KRAF DIORAMA
- Penyertaan peserta yang tidak lengkap TERBATAL DENGAN SERTA MERTA.
- 20 Hasil ciptaan/diorama yang terpilih akan diminta untuk dipamerkan pada sesi akhir
Pertandingan.
- Tarikh Akhir Penghantaran Penyertaan adalah pada 1 June 2022 (RABU)
- Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL |
PERKARA |
MARKAH |
1. |
Penggunaan Bahan Terpakai & Bahan Kitar Semula |
70 % |
2 |
Kreativiti |
20% |
3 |
Pematuhan Tema Pertandingan |
10% |
PEMILIKAN
Peserta bersetuju bahawa Hasil Penyertaan menjadi hakmilik mutlak Penganjur selepas
Hasil Penyertaan dihantar kepada Penganjur. Penganjur berhak menggunakan Hasil
Penyertaan secara penuh atau suntingan (mengikut kesesuaian) bagi tujuan promosi dan
publisiti.Peserta tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang bayaran bagi tujuan yang
dinyatakan tersebut.
HADIAH
Hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan ;
Johan : Wang Tunai RM 1000.00 + Sijil Penyertaan
Naib Johan : Wang Tunai RM 600.00+ Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM300.00 + Sijil Penyertaan
MUAT TURUN POSTER PERTANDINGAN ONLINE KAAMATANTV
CONTOH GAMBAR DIORAMA