PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

penaja

 

 

 

LUKISPOSTER

 

 

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2022

 

  1. Tema poster adalah “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”. Poster yang dihasilkan mestilah selari dengan tema dan mengandungi perkataan berkenaan.

 

  1. Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berasal dari negeri Sabah atau sedang menetap / belajar di luar Sabah mengikut kategori umur berikut:

 

          - Kategori 1 : 7 hingga 12 tahun

          - Kategori 2 : 13 hingga 17 tahun

 

  1. Penyertaan ini dibuka secara individu. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja. Penyertaan adalah PERCUMA.

 

  1. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.

 

  1. Penyertaan yang berunsur provokasi, politik atau menyentuh sensitiviti suatu kaum, agama dan fahaman akan dibatalkan.

 

  1. Rekaan dan idea poster mestilah dihasilkan dengan ciptaan sendiri dan asli. Peganjur berhak menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihasilkan  adalah tidak asli dan diplagiat. Penganjur boleh mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami atas dakwaan karya tiruan.

 

  1. Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik urusetia. Urusetia mempunyai hak untuk menggunakan poster yang diterima.

 

  1. Urusetia mempunyai hak untuk mengubah suai poster yang direka cipta oleh peserta.

 

  1. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang surat menyurat / emel tidak akan dilayan.

 

  1. Peserta hendaklah mengambil video semasa proses lakaran poster bagi memastikan keaslian. Durasi video adalah sekurang-kurangnya satu (1) minit sahaja.

 

  1. Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 22 Mei 2022. Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Penyertaan hendaklah dihantar kepada :

 

          URUSETIA

          PERTANDINGAN KAAMATAN NEGERI SABAH 2022

         

  1. Format penyertaan boleh dihantar di dalam fail salinan lembut berbentuk .pdf dan jpeg. Saiz poster adalah 20 inci x 30 inci (Potrait).

 

  1. Penggunaan alatan mewarna seperti pencil warna, krayon, cat poster dan peralatan mewarna lain adalah dibenarkan. Peserta tidak dibenarkan menggunakan perisian komputer untuk melukis poster.

 

  1. Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertadingan pada bila-bila masa sekiranya perlu.

 

  1. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

 

          URUSETIA

          PERTANDINGAN KAAMATAN NEGERI SABAH 2022

          No telefon              : 019-8059464

          Alamat email         : bnesept29@gmail.com

 

  1. Pemarkahan pertandingan

 

 

KRITERIA

 

MARKAH (%)

 

Keaslian dan tema

 

10

 

Kreativiti

 

30

 

Asas seni reka

 

40

 

Persembahan dan kebersihan poster

10

 

JUMLAH

100

BORANG ONLINE PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

MUAT TURUN POSTER DIGITAL UNTUK SEMUA PERTANDINGAN

penaja